PERMILIHAN BAKAT

Adakah anda berbakat dan berminat dalam bidang Peragaan Teater , Tarian , Muzik , Vokal dan Seni Visual?? Marilah Beramai-ramai menyertai kami dalam Latihan dan Permilihan Pelajar untuk sesi 2010 pada hari sabtu dan ahad pada pukul 8.00am-4.00pm.. Jangan sia-siakan bakat anda!!

 

Join us untuk permilihan model kami pada 6,7,13 dan 14 November 2010.

 

Utusan Malaysia Online - Keluarga

ARKIB : 07/01/2010

Berteater latih anak jaga imej, bersosial


AKTIVITI teater mampu meningkat kerjasama berkumpulan, kendiri dan jati diri kanak-kanak.


KECENDERUNGAN anak-anak dalam sesuatu bidang memang boleh dikesan sejak dari kecil lagi. Justeru ibu bapa perlu prihatin dan jangan mengambil sikap tunggu dan lihat saja ke mana arah tuju anak-anak mereka.

Minat dalam bidang tertentu adalah bakat atau anugerah dan jika anak lebih menyerlah dalam bidang akademik maka teruskanlah kecemerlangan mereka di bidang tersebut.

Namun sekiranya jika mereka kurang di bahagian akademik dan lebih menunjukkan minat kepada cabang lain seperti seni contohnya, maka berilah panduan yang sepatutnya.

Bimbingan tersebut adalah penting supaya anak mempunyai hala tuju dan fokus serta tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup.

Atas kesedaran itulah maka Beringin Entertainment menerusi pengasasnya, Joosaidy Johari mewujudkan peluang kepada kanak-kanak yang berbakat dan mempunyai minat dalam bidang seni persembahan teater.

Joosaidy yang berkelulusan dalam bidang seni visual merealisasikan impian tersebut menerusi pembukaan studio Beringin yang terletak di Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Studio berkeluasan 1,400 kaki persegi ini baru beroperasi selama lima bulan. Dalam tempoh tersebut kami telah berjaya melatih kumpulan teater kanak-kanak yang diberi nama Beringin Merah hingga mereka memenangi tempat pertama di Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009 dalam kategori teater kanak-kanak. Teater tersebut yang diarahkan oleh salah seorang tenaga pengajar di Beringin iaitu Helmy Joosaidy," cerita Joosaidy membuka bicara.

Menurut Joosaidy, penglibatan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun dalam bidang teater sebenarnya mendatangkan banyak manfaat untuk perkembangan diri mereka.

"Teater adalah satu disiplin yang melatih kanak-kanak untuk lebih peka, fokus serta mempunyai tumbesaran kognitif yang baik. Selain itu, penglibatan mereka dari usia awal dalam bidang ini juga melatih cara membawa diri, menjaga imej dan bersosial di landasan yang betul," jelas Joosaidy lagi.

Beliau berkata, Beringin Entertainment begitu fokus dan serius dengan matlamat mereka bagi melahirkan generasi yang betul-betul mempunyai komitmen dalam bidang seni.

Tambahnya, tidak bermakna apabila anak memilih bidang seni dia tidak boleh berjaya, semuanya mesti bermula dengan minat dan pasti akan nampak kejayaan.

"Bidang seni memang luas, kami bukan saja menumpukan teater, malah penekanan kepada asas lakonan, tari, serta perbincangan antara pakar dan pelajar universiti tentang cara memantapkan kemahiran kanak-kanak ini.

"Kami juga mempunyai tenaga pelatih yang terdiri daripada lepasan Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) iaitu yang terdiri daripada Hasif Zainulbidin, Helmy Joosaidy dan Solehin Zamri," jelas Joosaidy lagi yang juga berkhidmat di Kementerian Pelajaran.

Menurut Joosaidy, kelas teater yang diadakan di Beringin dijalankan dua kali seminggu, malah mereka juga mengehadkan jumlah pelajar tidak melebihi 10 orang dalam satu kelas supaya pelajar dapat memberi lebih tumpuan.

"Setakat ini pelajar kami terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Medan dan mereka jugalah kumpulan yang telah memenangi pertandingan teater dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan.

"Apa yang saya harapkan dengan penubuhan studio ini ialah anak-anak yang meminati seni akan dapat membangunkan diri mereka kerana banyak saluran yang boleh dijadikan pendapatan dari bidang seni ini.

"Kita juga perlu tahu bahawa cabang ini bukan satu yang boleh dikecapi dalam tempoh yang singkat, ia juga perlu ditauliahkan dan boleh menjadi satu industri yang besar jika diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak," jelasnya.

KELAS PENDIDIKAN KESENIAN & KEBUDAYAAN

KELAS TEATER
Lakonan, Pengarahan, Sinografi, Pengurusan, Theatre Games, Improvisasi

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shrit & nota)
Kanak-Kanak A (umur 5 - 8 tahun) - RM80/bln
Kanak-Kanak B (umur 9-13 tahun) - RM100/bln
Remaja (umur 14-20 tahun) - RM130/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS TARIAN
Tradisional, Moden, Kontemporari, Poco-Poco, Senam Seni

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shirt & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 13 tahun) - RM80/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM90/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM120/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS VOKAL
Moden, Tradisional, Klasikal

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shrit & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 13 tahun) - RM120/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM130/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS MUZIK
Alat Muzik, Moden, Tradisional

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shirt & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 14 tahun) - RM100/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM120/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS SENI VISUAL

Pelajar Sekolah Rendah - RM60/bln
Pelajar Sekolah Menengah - RM80/bln


Company Profile

Beringin Entertainment merupakan sebuah syarikat pengurusan majlis (event management) yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kesenian dan budaya yang menarik bagi komuniti setempat. Perkhidmatan kami bertemakan 'Kesenian dan kebudayaan' selaras dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang kreatif dan mempunyai jati diri sempuran 1Malaysia.

Program kami dikendalikan oleh tenaga pengajar yang profesional mengikut bidang kesenian masing-masing. Setiap kelas mempunyai rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan teratur yang dirangka khas bagi meningkatkan pelajar yang berilmu dalam pendidikan kesenian dan budaya. Jangkamasa kelas ini adalah selama 3 bulan untuk melayakkan perserta mendapatkan sijil asas mengikut tahap 1, 2, & 3. Disamping itu juga di akhir sesi kelas selama 3 bulan pelajar berpeluang mengadakan persembahan untuk tontonan umum.

Beringin Entertainment berhasrat melahirkan pewaris budaya bangsa yang cemerlang dan berilmu agar dapat dipraktikkan dalam semua kerjaya yang diceburi berlandaskan nilai-nilai murni, berteraskan keagamaan, melahirkan anak bangsa yang berbudi bahasa, berjiwa halus dan seharusnya menjadi penyumbang kepada identiti... 1Malaysia.

Kami juga menawarkan pelbagai program, antaranya:
- Kem Kepimpinan Pelajar
- Bengkel Penampilan Imej Remaja
- Kem Pelajar 'High Risk / Hardcore'
- Perkhemahan Unit Beruniform
- Kursus 'Team Building' - Perkembangan Staf
- Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan
- Kelas Masakan Tradisional & Barat (Western)
- Bengkel Tatarias
- Kem Sebelihan
- Khemah Ibadat
- Program Smart Solat
- Program Ihya' Ramadhan
- Kem Motivasi Pelajar
- Bengkel Penulisan Kreatif
- Bengkel Kraftangan
- Kelas Peragaan (modeling)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

•Founded in June 2008.

•Other services:

–Dance / drama / rehearsal studio rental
–Event Management
–Public Relations
–Image Consultants (traditional / modern wear)
–Supply costumes for dance and stage performances
–Workshops / lessons: theatre acting, dance, music instruments
–Supply of talents consisting of dancers, actors, models, emcees and singers
–Other services (please enquire as ad-hoc / case-by-case services can be considered)

Management

Managing Director:
•Joosaidy Johari (Bachelors Degree in Visual Arts)

Manager:
•Azimy Rozan Wan Ahmad (Bachelors Degree in Business Administration (Hospitality, 1st Class Honours)

Assistant Operations Manager:
•Abdullah Helmy Bin Abdul Moin (Diploma in Theatre –2011)

Dance / drama / rehearsal studio rental

•Our 1400 sq ft studio is located in Wangsa Link, Wangsa Maju. Tastefully designed, it is suitable for various activities such as rehearsals and small performances. The studio comes fully air-conditioned, with a prayer room and designated restrooms.

Event Management

•Our team has experience in organising various events. Some examples of past events that have been organised are:

–Secretaries’ Week Luncheon/Dinner at a 5-star hotel that featured Anita Sarawak, Sheila Majid, Anuar Zain, and Ning Baizura.
–Dinner & Dance
–Press Conference
–Corporate Dinner
–Workshops (ie. crafts, batik-painting, etc.)

Public Relations

•We have a five-year experience in PR. We are able to provide the following services:

–Media Invitation
–Press Conference
–Press Release
–Media Interviews
–Photoshoots
–Media Luncheon / Dinner for networking purposes
–Media Appreciation
–Media Gifts
–Consultation

Image Consulting & Supply of Dance and Stage Costumes

•Our image consultants specialise in traditional wear and modern wear. We are able to provide our professional advice for stage wear and performance well, be it for theatre shows, singing performances or photoshoots.

•We are also able to provide costumes for traditional dance performances or theatre production. Our sister company specialises in tailoring especially with the usage of songket and batik. They have a vast experience in providing costumes and uniforms for the Istana Negara, Istana Budaya, Government agencies, Taman Budaya Negeri and others.

Workshops / Lessons: theatre acting, dance, modeling, music instruments

•We have connections with tutors and instructors that specialise in the performing arts, that come equipped with years of experience in their respective industries. (Guitar, traditional and modern dance, acting, catwalk, etc.)

•Workshops we can organise include make-up, grooming, and protocol.

•Classes can be organised either in a group session or on an individual basis.

Supply of talents (dancers, actors, models, emcees and singers)

•Dancers–We specialise in the provision of traditional dancers ranging from Mak Yong to Tarian Istana. Others include Gamelan as well as contemporary and experimental dance.

•Actors–We have strong links to Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) and are able to supply fresh talents for theatre, television and film productions.

•Models–We collaborate with various modeling agents in town and have the database of new as well as established talents for print or television productions.

•Emcees–We provide emceeing services, regardless of language. Our emcees are made up of some famous faces as well as those that are multilingual.

•Singers–We have in-house artistes and also have ties with the management of very famous names in Malaysia.

•Others include silat and kompang players.

In-house Talents (individual profiles available upon request)





Artistes under external management -




Contact Us

Beringin Entertainment (001776214-W)
35D-2-4, Jln2/27F, KLSC 11,
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel / Fax: 03-4143 7511
Email: beringin_entertainment@yahoo.com
Website: www.beringinentertainment.blogspot.com

Sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

En. Joosaidy Johari : 012 303 5420
En. Helmy Joosaidy : 016 220 2949
En. Haslan Joosaidy : 017 363 7511
Pn. Adira Wahinnur : 014 213 9343
En. Hasif Z.B. : 012 917 0687