PERMILIHAN BAKAT

Adakah anda berbakat dan berminat dalam bidang Peragaan Teater , Tarian , Muzik , Vokal dan Seni Visual?? Marilah Beramai-ramai menyertai kami dalam Latihan dan Permilihan Pelajar untuk sesi 2010 pada hari sabtu dan ahad pada pukul 8.00am-4.00pm.. Jangan sia-siakan bakat anda!!

 

Join us untuk permilihan model kami pada 6,7,13 dan 14 November 2010.

 

Utusan Malaysia Online - Keluarga

ARKIB : 07/01/2010

Berteater latih anak jaga imej, bersosial


AKTIVITI teater mampu meningkat kerjasama berkumpulan, kendiri dan jati diri kanak-kanak.


KECENDERUNGAN anak-anak dalam sesuatu bidang memang boleh dikesan sejak dari kecil lagi. Justeru ibu bapa perlu prihatin dan jangan mengambil sikap tunggu dan lihat saja ke mana arah tuju anak-anak mereka.

Minat dalam bidang tertentu adalah bakat atau anugerah dan jika anak lebih menyerlah dalam bidang akademik maka teruskanlah kecemerlangan mereka di bidang tersebut.

Namun sekiranya jika mereka kurang di bahagian akademik dan lebih menunjukkan minat kepada cabang lain seperti seni contohnya, maka berilah panduan yang sepatutnya.

Bimbingan tersebut adalah penting supaya anak mempunyai hala tuju dan fokus serta tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup.

Atas kesedaran itulah maka Beringin Entertainment menerusi pengasasnya, Joosaidy Johari mewujudkan peluang kepada kanak-kanak yang berbakat dan mempunyai minat dalam bidang seni persembahan teater.

Joosaidy yang berkelulusan dalam bidang seni visual merealisasikan impian tersebut menerusi pembukaan studio Beringin yang terletak di Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Studio berkeluasan 1,400 kaki persegi ini baru beroperasi selama lima bulan. Dalam tempoh tersebut kami telah berjaya melatih kumpulan teater kanak-kanak yang diberi nama Beringin Merah hingga mereka memenangi tempat pertama di Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009 dalam kategori teater kanak-kanak. Teater tersebut yang diarahkan oleh salah seorang tenaga pengajar di Beringin iaitu Helmy Joosaidy," cerita Joosaidy membuka bicara.

Menurut Joosaidy, penglibatan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun dalam bidang teater sebenarnya mendatangkan banyak manfaat untuk perkembangan diri mereka.

"Teater adalah satu disiplin yang melatih kanak-kanak untuk lebih peka, fokus serta mempunyai tumbesaran kognitif yang baik. Selain itu, penglibatan mereka dari usia awal dalam bidang ini juga melatih cara membawa diri, menjaga imej dan bersosial di landasan yang betul," jelas Joosaidy lagi.

Beliau berkata, Beringin Entertainment begitu fokus dan serius dengan matlamat mereka bagi melahirkan generasi yang betul-betul mempunyai komitmen dalam bidang seni.

Tambahnya, tidak bermakna apabila anak memilih bidang seni dia tidak boleh berjaya, semuanya mesti bermula dengan minat dan pasti akan nampak kejayaan.

"Bidang seni memang luas, kami bukan saja menumpukan teater, malah penekanan kepada asas lakonan, tari, serta perbincangan antara pakar dan pelajar universiti tentang cara memantapkan kemahiran kanak-kanak ini.

"Kami juga mempunyai tenaga pelatih yang terdiri daripada lepasan Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) iaitu yang terdiri daripada Hasif Zainulbidin, Helmy Joosaidy dan Solehin Zamri," jelas Joosaidy lagi yang juga berkhidmat di Kementerian Pelajaran.

Menurut Joosaidy, kelas teater yang diadakan di Beringin dijalankan dua kali seminggu, malah mereka juga mengehadkan jumlah pelajar tidak melebihi 10 orang dalam satu kelas supaya pelajar dapat memberi lebih tumpuan.

"Setakat ini pelajar kami terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Medan dan mereka jugalah kumpulan yang telah memenangi pertandingan teater dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan.

"Apa yang saya harapkan dengan penubuhan studio ini ialah anak-anak yang meminati seni akan dapat membangunkan diri mereka kerana banyak saluran yang boleh dijadikan pendapatan dari bidang seni ini.

"Kita juga perlu tahu bahawa cabang ini bukan satu yang boleh dikecapi dalam tempoh yang singkat, ia juga perlu ditauliahkan dan boleh menjadi satu industri yang besar jika diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak," jelasnya.

KELAS PENDIDIKAN KESENIAN & KEBUDAYAAN

KELAS TEATER
Lakonan, Pengarahan, Sinografi, Pengurusan, Theatre Games, Improvisasi

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shrit & nota)
Kanak-Kanak A (umur 5 - 8 tahun) - RM80/bln
Kanak-Kanak B (umur 9-13 tahun) - RM100/bln
Remaja (umur 14-20 tahun) - RM130/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS TARIAN
Tradisional, Moden, Kontemporari, Poco-Poco, Senam Seni

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shirt & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 13 tahun) - RM80/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM90/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM120/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS VOKAL
Moden, Tradisional, Klasikal

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shrit & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 13 tahun) - RM120/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM130/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS MUZIK
Alat Muzik, Moden, Tradisional

Kelas akan diadakan 1 kali seminggu selama 2 jam dalam setiap bulan (4 minggu = 8 jam). 1 kelas dihadkan hanya 10 hingga 15 orang pelajar dan seorang jurulatih.

Yuran Pendaftaran - RM30 (termasuk t-shirt & nota)
Kanak-Kanak (umur 9 - 14 tahun) - RM100/bln
Remaja (umur 14 - 20 tahun) - RM120/bln
Dewasa (umur 21 ke atas) - RM150/bln

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KELAS SENI VISUAL

Pelajar Sekolah Rendah - RM60/bln
Pelajar Sekolah Menengah - RM80/bln